Thursday 23 June 2011

KEJOHANAN LIGA PTK 2011

Kejohanan Liga PTK 2011 telah berjalan dengan lancarnya pada 18hb Jun 2011 dimana pada hari tersebut enam pasukan telah beradu secara serantak di enam gelanggang yang berasingan. Pada tahun ini PTK telah mengubah format pertandingan di mana ianya telah dibahagikan kepada dua liga iaitu Liga Super dan Liga Premier. Liga Super terdiri daripada pasukan Kuala Krai A, PSPN, Bachok, Pasir Puteh, JKR/JPPNK dan MPKB. Manakala untuk Liga Premier pula ialah Pasir Mas/KGCC, HUSM, Kuala Krai B, D'KADA, Tumpat dan dua pasukan baru iaitu Kijang Muda yang terdiri daripada pemain remaja bawah umur 17 tahun dan Gua Musang. PTK telah menawarkan hadiah sebanyak RM1500 untuk Johan Liga dan naib johan sebanyak RM1000. Manakala untuk johan Liga Premier pula adalah sebanyak RM1000 dan naib johan sebanyak RM800.
LIGA SUPER :
1. Gelanggang IPKB - PSPN 2 VS K KRAI A 3
2. Gelanggang JKR   - JKR/JPPNK 1 VS BACHOK 4
3. Gelanggang MPKB - MPKB 1 VS PASIR PUTEH 4

LIGA PREMIER :
1. Gelanggang MSSK - Kijang Muda 1 VS Gua Musang 4
2. Gelanggang HUSM - HUSM 1 VS Pasir mas/KGCC 4
3. Gelanggang KADA - D'KADA 2 VS Tumpat 3