Wednesday 28 March 2012

MAKSAK 2012

SUKAN MAKSAK 2012 AKAN DI ADAKAN DI PERLIS PADA 5HB HINGGA 8HB APRIL 2012. KELANTAN AKAN MENGHANTAR PASUKAN TENIS SEBAGAIMANA SEPERTI TAHUN LEPAS JUGA MEMANDANGKAN KETIDAK KESEMPATAN UNTUK MENGADAKAN SESSI PEMILIHAN.
KEJOHANAN TENIS REMAJA MONTHLY MEDAL DAN PEMILIHAN SPORTEXCEL 2ND LEG

TARIKH : 30HB DAN 31HB MAC 2012

KATEGORI : BAWAH 16, BAWAH 14 DAN BAWAH 12
                       LELAKI DAN PEREMPUAN

YURAN PENYERTAAN : RM 20 SEORANG - ACARA PERSEORANGAN SAHAJA

TEMPAT : MPKB DAN JKR

JAM : 8.30 PAGI


Wednesday 15 February 2012

PLANNER 2012

Persatuan Tenis Kelantan mengucapkan selamat tahun baru kepada semua peminat-peminat tenis negeri Kelantan khususnya dan juga tidak dilupakan kepada semua persatuan-persatuan tenis negeri,kelab-kelab tenis dan juga peminat tenis di seluruh Malaysia. Saya memohon maaf kiranya ucapan selamat ini agak terlambat dan ianya dah sejuk namun begitu sebenarnya tenis Kelantan telah pun mengadakan berapa perlawanan dan juga pertandingan. Antaranya adalah seperti peelawanan Piala Liga 2011/2012 telah pun berlangsung kembali dengan pusingan kedua dan PTK berharap ianya akan terus berjalan dengan lancar.

Selain daripada itu juga, kejohanan monthly medal 1st Leg untuk pemain junior bawah umur 10 tahun (Minitenis), bawah 12 tahun, bawah 14 tahun dan bawah 16 tahun telah pun diadakan pada bulan Januari yang lepas disamping pemilihan pemain untuk peringkat junior bawah 14 tahun lelaki dan perempun bagi kejohanan Sportexcel 1st Leg. Main draw untuk Sportexcel diadakan di Kuala Lumpur pada 10hb dan 14hb Februari yang lepas.

Manakala satu kursus kejurulatihan peringkat awalan peringkat negeri Kelantan telah piun diadakan pada 9hb dan 10hb Februari di Kompleks Sukan MSSK. Kursus ini adalah kerjasama dengan Unit Sukan MSSK yang mana telah dikendalikan oleh Cikgu Amirsham Yusuf dan dibantu oleh saudara Noorlan Zakaria. PTK mensasarkan cikgu-cikgu diseluruh Kelantan bagi memudahkan dan membantu PTK mencari bakat-bakat baru terutama pelajar di peringkat sekolah rendah dimana PTK akan memilih daerah-daerah yang ada di Kelantan untuk dijadikan salah satu pusat latihan tenis.

Berikut adalah Planner 2012 untuk negeri Kelantan :


PERSATUAN TENIS KELANTAN
PLANNER 2012



JANUARY STATUS



13 LIGA PTK - 1ST GAMES 2ND ROUND CONFIRM
27 & 28 MONTHLY MEDAL AND SPORTEXCEL 1ST LEG CONFIRM



FEBRUARY



3 LIGA PTK - 2ND GAMES 2ND ROUND CONFIRM
9 & 10 KURSUS KEJURULATIHAN AWALAN CONFIRM
10 - 14 MAIN DRAW SPORTEXCEL 1ST LEG - NTC,KL CONFIRM
17 & 18 NOVICE CLOSED - SINGLE / DOUBLE

CONFIRM
24 LIGA  PTK - 3RD GAMES 2ND ROUND CONFIRM
25 - 27 MSSK CHAMPIONSHIP CONFIRM



MARCH



2 & 3 LADIES CLOSED CONFIRM
9 & 10
PIALA SRI TIMUR , KOTA BHARU,KELANTAN
TBC
13 - 19 MSSM HAMPIONSHIP,IPOH,PERAK. CONFIRM
16 LIGA PTK - 4TH GAMES 2ND ROUND CONFIRM
23 & 24 KEJOHANAN DATO FATMI 2012 TBC
30 & 31

MONTHLY MEDAL AND SPORTEXCEL 2ND LEG
CONFIRM



APRIL



6 & 7 PIALA RAJA MUDA PERLIS,ARAU,PERLIS TBC
13 LIGA PTK - 5TH GAMES 2ND ROUND CONFIRM
13 - 17
MAIN DRAW SPORTEXCEL 2ND LEG - NTC,KL
CONFIRM
20 - 21 VETERAN CLOSED CONFIRM
27 LIGA PTK - 6TH GAMES 2ND ROUND CONFIRM



MAY



1,4 & 5 KELANTAN CLOSED - SINGLE/DOUBLE CONFIRM
11 & 12
MONTHLY MEDAL AND SPORTEXCEL 3RD LEG
CONFIRM
18 & 19 TRIP TO TLDM,LUMUT,PERAK  TBC
18 - 22

MAIN DRAW SPORTEXCEL 3RD LEG - NTC,KL
CONFIRM
25 LIGA PTK - 7TH GAMES 2ND ROUND CONFIRM



JUNE



1 - 3 GRAND MASTER LIGA PTK CONFIRM
15 - 16 PRESIDENT CUP TBC
29 - 30 MONTHLY MEDAL AND SPORTEXCEL 3RD LEG CONFIRM



JULY




SUKMA TBC
6 - 10 MAIN DRAW SPORTEXCEL 3RD LEG - NTC,KL CONFIRM
21 START FASTING






AUGUST



19 - 20 HARI RAYA PUASA



SEPTEMBER



14 - 16 UNDER 21 OPEN TBC
28 - 29 MONTHLY MEDAL 5TH LEG CONFIRM



OCTOBER



19 - 20 MONTHLYMEDAL MASTER TBC
28 - 1 NOV MILO NATIONAL JUNIOR,NTC,KL TBC



NOVEMBER



23 - 25 GENTING SELANGOR INTERNATIOAL TBC
28 - 30 PENANG INTERNATIONAL CHAMPIONSHIP



DECEMBER



4 - 8 PERLIS MILO INTERNATIONAL CHAMPIONSHIP TBC
7 - 9 LANGKAWI INTERNATIONAL CHAMPIONSHIP TBC
14 - 19 LTAM INTER TEAM TBC

Sunday 8 January 2012

PIALA LIGA PTK 2011 

Piala Liga PTK 2011 akan bersambung kembali pada 13hb Januari 2012 dengan pusingan kedua.
1. KEJOHANAN TENIS LIGA PTK (ANTARA KELAB-KELAB TENIS BERDAFTAR PTK SELURUH NEGERI KELANTAN) Perlawanan pertama pada 13hb Jan 2012 pada hari jumaat.
LIGA SUPER:-

1. KUALA KRAI A LAWAN PASIR PUTEH
2. PSPN LAWAN MPKB
3. BACHOK LAWAN JKR

LIGA PRIMIER

1.GUA MUSANG LAWAN HUSM
2.PASIR MAS LAWAN D KADA
3.TUMPAT LAWAN KIJANG MUDA

PERTUKARAN PEMAIN MANA-MANA KELAB HENDAKLAH BERSAMA SURAT PELEPASAN DARI KELAB ASAL SEBELUM PUSINGAN KEDUA. PENGURUS PASUKAN DIMINTA MENGHANTAR SENARAI TERBARU KEPADA PENGARAH KEJOHANAN SEBELUM 12HB JAN 2012.


KURSUS KEJURULATIHAN AWALAN PERINGKAT NEGERI KELANTAN

Persatuan Tenis Kelantan akan menganjur satu kursus kejurulatihan awalan untuk peringkat negeri Kelantan pada 10hb dan 11hb Februari 2012. Ini adalah kerjasama dengan Unit Sukan MSSK negeri Kelantan dimana PTK mengsasarkan kepada bakal jurulatih yang terdiri daripada cikgu-cikgu diseluruh negeri Kelantan. Ini adalah bertujuan untuk mencari bakat-bakat baru dikalangan pelajar-pelajar sekolah dinegeri Kelantan terutama bagi peringkat sekolah rendah.

PTK membuka kepada semua peminat-peminat tenis untuk turut serta untuk menjadi jurulatih bagi setiap daerah diseluruh negeri Kelantan. Dengan itu bila ada pusat latihan disetiap daerah maka orang ramai minat bermain tenis akan bertambah.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menghadiri kursus tersebut boleh la menghubungi :
              
                 1. Mohd Faizal Ismail      -    019 987 7890
                 2. Cikgu Amir                 -     017 987 2672

Untuk menghadiri kursus setiap peserta akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM50.00 setiap seorang. Kepada peminat dari luar negeri Kelantan yang juga berminat dengan kursus ini juga boleh mendaftar namun tempat adalah terhad oleh itu cepat-cepat la mendaftarkan diri.

Wednesday 28 December 2011

Wan pemain perseorangan yang berbakat
Abg Hashim pemain paling berharga
Kedua2 pasukan bergambar sebelum perlawanan
Pada 24hb Disemeber 2011 yang lalu,Kelab RTC telah mengadakan satu perlawanan persahabatan dengan Kelab Tenis NSTP,Kuala Lumpur di indoor,NTC,Jalan Duta, Kuala Lumpur. RTC yang diketuai oleh Nik Rudi Nik Kazim bersama-sama dengan 9 orang pemain mereka telah berjaya memenangi perlawanan tersebut.
Abg Soh dan Nor sedang warmup sebelum bertarung
Faizal dan Nik Rudi sedang membincangkan strategi perlawanan
Abg Soh pemain paling bersemangat













Berikut adalah keputusan yang diperolehi :

Bergu                                  RTC                                         NSTP
Pertama            Hashim/ Chong                    4                 Roche/Saiful    9

Kedua              Nik Rudi/ Nor                       9                 Wan Ery/Azri  4
Ketiga             Wan Muhd Nur Azmi/Md Yusuf    5        Hazrul/Wan Abdilah  9
Keempat          Hussein/Nor Bakri               9                  Wan/Apek    4
Kelima             Mohd Faizal/Wan                9                  Saiful/Man   2

Perseorangan

Pertama            Md Yusuf                             1                  Roche         6
Kedua               Wan                                     6                  Wan Abdilah 4
Ketiga               Hussein                               6                  Wan Ery      4
Keempat           Mohd Faizal                        3                   Saiful         6

Kapten RTC Nik Rudi

Keputusan penuh adalah: Bergu 3-2 dan Perseorangan 2-2 oleh itu perlawanan ini telah dimenangi oleh RTC dengan 5 - 4. Perlawanan ini adalah kali kedua telah diadakan, yang mana yang pertama kali juga dimenangi oleh RTC pada bulan Julai yang lepas.   

Min dan Abg Soh sedang beraksi
RTC juga akan merangka satu kejohanan empat penjuru dimana ianya akan  melibatkan RTC dari Kelantan sebagai penganjur dan NSTP daripada Kuala Lumpur. Manakala dua pasukan lagi yang mana akan dijemput untuk menyertai kejohanan tersebut dari negeri-negeri lain samada seperti Pahang,Melaka,Negeri Sembilan,Selangor atau pun Perak.

Abg Hasim dan Chong bertarung dengan hebat

Monday 28 November 2011

ECM LIBRA 2011

Mohammad Noorlil Azim
ECM Libra 2011 akan diadakan pada 13hb hingga 19hb Disember di Kuala Lumpur. Pasukan Kelantan telah pun membuat pemilihan pada 22hb Oktober 2011 yang lepas. Tahun ini permilihan dibuat lebih awal daripada tahun lepas untuk mengelakkan daripada musim tengkujuh yang akan melanda Kelantan pada bulan Disember nanti. Berikut adalah pemain yang terpilih untuk kejohanan kali ini :
Bawah 16 tahun lelaki:
En Abd Aziz Jusoh
1. Mohammad Noorlil Azim Mohd Noorlan
2. Badrul Ikram Asri
3. Wan Ahmad Nasran Wan Abd Hakim
Nurul Fatihah sedang beraksi



Bawah 13 tahun lelaki:
1. Aizat Khairi Aminuddin Baki
2. Amirul Ikwan Che Samsuddin
3. Zohar Aslan Bin Omar

Bawah 16 tahun Perempuan:
1. Nur Qistina Razan Mohd Faizal
2. Nurul Fatihah Moha Azha
3. Nur Farhani Bt Farid

Bawah 13 tahun Perempuan:
1. Nur Raidah Razan Mohd Faizal
2. Farah Amisha bt Mohd Fazdli

Jurulatih untuk tahun masih lagi akan diterajui oleh En Abd Aziz Jusoh dan pengurus pasukan adalah En Zaipudean Abd Majid. Para pemain akan menjalani latihan pusat bermula pada 4hb Disember 2011, memandangkan pada musim sekarang hujan adalah tidak menentu.